Sunday, November 22, 2009

mitos 2: perempuan ada yang tak suka perempuan?


bukan semua perempuan suka perempuan. walaupon ramai yang cakap we all in one, jangan jatuhkan martabat perempuan depan lelaki tapi fact tetap fact. sebab perempuan lagi ramai dari lelaki jadi faktor ini yang menyebabkan ramai perempuan tak suka perempuan. aku tinggal beberapa minit sahaja untuk menulis disebabkan rintihan kakak yang sibuk menggesel gesel ajak ke flamingo.
sebab sebab yang aku sendiri figure out ( bayangkan maya karin tengah menyiasat kes dalam siri csi gombak, dgn sut gerak khas nye..OMG!) sebab yang paling popular dalam erti kata sebab sebab yang paling banyak orang vote adalah sebab pangkat, sebab lelaki dan sebab cemburu melampau. tiga main sebab yang memecah belahkan kaum perempuan hari ini. ish ish ish

siapa taknak berkereta besar, bergaji besar? semua orang pasti mahu. disebabkan perempuan zaman sekarang bukan zaman siti hajar mencari air lagi, dan bukan zaman duduk rumah tumbuk sambal belacan lagi, maka perempuan sekarang memang determine kaw kaw. kalau dulu perempuan kejar lelaki berjawatan CEO, perempuan sekarang kejar jawatan CEO.tapi masalah timbul bila perebutan yang terjadi ini ( aku dah rasa macam nak ganti zakiah anas plak ni)melibatkan antara perempuan dan perempuan.sebab perempuan sekarang education tinggi, melebihi lelaki..biar la imam imam masjid cakap dunia nak kiamat pasal perempuan lebih dari lelaki, keluar la movie 2012 atau 2020 pon, perempuan zaman sekarang takkan peduli. yang penting kerjaya ada duit ada. lelaki jatuh no 2. anak dara sekarang bilangan lagi kurang dari janda. kira la tak percaya. kira guna tangan kaki, tangan aku kalau tak cukup tangan sendiri. mak aku janda jugak, tapi janda yang tak determine. nasib baik!

perempuan dijadikan dari tulang rusuk nabi adam, itu yang orang orang tua banyak cakap. macam cerita wajib kena sampaikan kat orang orang muda zaman sekarang. jadi bila you all ada anak nanti, guna cerita tulang rusuk ni time anak anak you all nak tidur. bila dorang tanya tulang rusuk tu apa, pandai pandai la jawab. kalau perlu bogel, buat je la..sebab perempuan tak suka perempuan pasal lelaki perkara biasa. perempuan A fight pasal perempuan B sibuk kacau bf si A. tak kira la kacau kat facebook ke, kacau sampai datang rumah then heret pergi stesen minyak ke, kacau dengan mms gambar bogel hari hari ke, tak kira la apa apa jenis gangguan, mesti la perempuan A mengamuk. kalau tak mengamuk,nampak macam tak sayang pula. plus hak sebagai GF tu kena ambil kira jugak. perempuan sendiri yang tak reti respect perempuan lain. macam mana nak orang lelaki respect u all perempuan? senang cerita, kalau rasa rasa nak jadi perempuan yang kita panggil jahat ni ( peh aku sumpah tertarik perempuan penggoda sebab they know what they want ) , cuba you all yang jahat ini kacau pasangan gay. haa aku tau you all sukakan cabaran so apa lagi!

perempuan yang cemburu perempuan. banyak sebab boleh jadi cemburu. tapi kalau aku yang iras maya karin ini, aku cemburukan kate moss! pasal aku tak boleh letak moss kat IC aku macam dia. perempuan selalu cemburu perempuan lain pasal sama ada perempuan tu sangat cantik, badan potongan lina hangat, kaya, dapat kahwin tan sri ( aku la ni!) atau perempuan lain pandai masak and perempuan lain ada suara merdu. so perempuan, percaya pada diri sendiri, tuhan bagi kelebihan masing masing. semua orang cantik, tak kira la muka senget macam mana pon, gemok macam mana pon (budak subang diharamkan baca sentence ni!) kita tetap kita. fasa aku berubah jadi maya karin tu lain cerita. tak salah ada idola. sebab idola kita still perempuan. ( aku minat jaafar onn jugak kadang kadang ). terpulang la perempuan! bentuk diri anda!

akhir kata, hanya perempuan kenal perempuan.




p/s: desakan kakak tak patut ditolak. segalanya free. jadi post ini after aku balik flamingo act~

Sunday, November 15, 2009

berubah bila dah punya tanggungjawab.

aku nak punya tanggungjawab. selain dari tugas menjaga johan, aku tak rasa aku punya tanggungjawab lagi. hihiy aku dah serahkan balik ke pets house yang terdekat. nak jaga haiwan manja bukan senang ye. lagi lagi haiwan yang makan beras. semua orang tak kira la bentuk apa semua pasti akan mengalami phase perubahan dalam hidup.
macam macam perubahan yang aku nampak dalam hidup aku. perubahan yang membawa kepada kebaikan dan keburukkan. bagi aku, aku lagi berminat pada perubahan yang membawa kepada keburukkan. kerana apa yang bermula dengan keburukkan, aku pasti ada kebaikan akan timbul. negative ditambah positive akan kembali neutral. aku benci binatang ber-charged!

perubahan yang aku lihat, dari miskin ke kaya, kacak ke kacak sangat, comel kepada cumey, bodoh ke pandai ( aku! aku!), dari fofo ke maya ( ehem ehem) semua nya pasti akan membawa kepada satu kesimpulan. semua orang berubah, tapi tak semua orang berubah-ubah. fizikal mahu pon mental, semua perubahn yang berlaku pasti akan membawa sesuatu. si A berubah tinggalkan dunia lesbian, untuk mendapat cinta sejati dari sang adam. clap! clap! si B tinggalkan segala gala kerana nak tunduk kepada seruan illahi. clap clap! si C tak pernah give up tingkatkan diri demi dapat segalanya hooray! hooray!. tak kira apa pon sebab yang terjadi, perubahan itu pasti terjadi. sama ada ditakdirkan terjadi atau diharuskan terjadi. cara kita handle perubahan itu yang penting. bak kata orang tua, masuk kandang lembu buat cara lembu, masuk kandang harimau buat la cara rimau.
semua orang akan ada perubahan. semua orang perlu perubahan.

johan. bila tinggal kat tempat orang, kena pandai jaga hati orang. perubahan ini untuk kebaikkan u. take care.
budi dan esah, perubahan tinggal di s alam juga bagus untuk u all. dont fight dengan koko, die super senior.

selamat hari lahir blogger boy!

Wednesday, October 28, 2009

mitos 1: perempuan yang ada segalanya pasti kurang satu. kan?

aku perempuan biasa yang hidup segan mati tak mahu. hihiy bukan perempuan for sure. kenapa tiap kali nak buat post baru mesti taruk nama hihiy atau nama soulsister ? itu kita panggil menghargai. dengar tu, menghargai. perempuan yang ada segalanya pasti akan kurang satu. sebab itu tak siapa sempurna. sebab sebab perempuan ini boleh kurang satu? banyak sebab. ade perempuan yang sempurna depan mata, from above u nampak perfect, tapi dalam siapa pon tak tahu. antara sebab mereka kurang satu? tanya Tuhan anda. mostly yang kita nampak sebab kekurangan?

perempuan yang ada semua tapi tiada lover.
masalah besar. mostly kawan kawan sekolah sejenis, maksud sekolah yang tiada campuran jantina, akan melahirkan dua golongan perempuan. yang keluar tiba tiba breast cup naik ke D, atau yang keluar tiba tiba tiba tumbuh something. bahaya. perempuan dari type ada segalanya ini lazimnya akan berpakaian agak pelik, mungkin mereka suka pada design corak binatang yang kian pupus, corak dugung mungkin. mereka selalu beranggapan mereka tiada kurang apa apa. mostly mereka akan beli apa yang mereka tak mampu dapat. selain dari suruh orang gaji beli ikan kan pasar besar selayang, mereka juga akan membela ikan mereka sendiri yang kita panggil anak ikan. JOHAN AKU IKAN LAGA SO TAK MASUK GOLONGAN IKAN PASAR ATAU IKAN BELIAN.

perempuan yang tak perlu dan tak kisah tiada lover.
golongan wanita menarik bagi aku. bagi mereka lover bukan bermakna kena kawin , kena dating. mostly golongan ini tak kisah tak dapat lover tapi kisah kalau tak dapat benda lain. golongan wanita syok sendiri. hebat! tapi tak hebat bila dah mati, harta kena wakaf, mayat busuk baru orang jumpa sebab tiada orang ambil tahu. tak hebat!

perempuan yang takdir memang malang dalam love.
yang pasti juliet mungkin dalam golongan ini. hawa bukan, rose titanic pon tak masuk sebab they all product success. ramai kawan, family , sedara mara aku dalam golongan ini. apa yang perlu buat bila dalam group malang ni, adalah jadi kaya raya, pasti ramai fake lover yang datang. ini kita panggil born to be..teringat love sampah kawan aku. hish!

tak kisah apa pon perempuan yang kita akan dapat, kita still akan kurang satu. tak perlu nak menangis pasal kita kurang satu. try pandang yang kita lebih. belajar hargai. why aku rasa post aku macam post orang dewasa?? biasa la. pemikiran aku dah reach maya karin punya level. muka pon nak iras iras kate moss. haih~ dewasa ini menakutkan..

Friday, September 25, 2009

tekan tekan..

soulsista, happy raya..moga moga puasa aku tahun ini diterima. kredit kepada korang dari mak aku, madam hafizah tai..
sekarang ramai blogger dah tak banyak yang aktif. maksud aku most of the blogger yang aku stalk sikit sikit dah banyak yang tak update dan ada yang delete terus. kenapa? pasal maybe internet connection dorang ada problem atau maybe follower tak banyak ( tolong la follow aku kawan kawan so aku tak end up macm blogger lain) dan maybe dorang ada problem yang solutionnye adalah delete blog. sayang nye pasal korang good writer. but nasib baik gossip girl ( hiy kau girl lain) and blogger boy tak delete blog dorang. but dorang betul real? google sendiri la, malas nak find the truth. kalau dorang real pon great kalau tak bagus pon great. bila tengok gossip girl, teringat hihiy. selalu die akan call aku miss B and aku akan panggil hihiy as chuck. chuck bass? hihiy bass? chuck hj ismail? tak kisah ahh janji tiap kali ade scene yang top!tip!top! mesti hanya hihiy dan aku yang feel kaw kaw.
bila tengok catch up tv blogger boy pulak, ingat queen. B?N?K? . banyak je blogger yang macam tu. mean aku blogger yang boleh lukis and tulis at the same time. tapi leceh pasal banyak benda nak buat. selalunya blog tempat nak luah semua benda so tak perlu sangat leceh la kan. teringat juga dulu dulu aku selalu cakap yang blogger ni dalam blog je cool, luar macam sampah. tapi ade je yang kat luar pon cool. after dah jd blogger baru tau yang kadang kadang kena jadi cool untuk jadikan benda realistik and energetic so people fun ah nak baca. mane tau boleh dapat award..
but blogger boy tu kadang kadang macam orang yang aku pernah kenal dulu. that person pon ade blog juga. jalan cerita pon lebey kurang sama. hum...

kan best kalau blog ini satu kerja yang boleh buat duit juta bilion willion..
ATP : safya cakap blog awak macam sampah..

p/s: ass thanks for the pict!



selamat hari raya maaf zahir dan batin?

selamat selamat hari raya..
daddy I am sorry..

Sunday, August 30, 2009

apa cita cita saya ?

sumpah apa cita cita saya ni punya title tak kena langsung kot dengan apa yang aku nak cakap. silap, apa aku nak tulis. aku sebenarnya nak post entry yang hihiy dah cut new hair. awak sangat chomel la hihiy oh! lepas ni nak tiup rambut awak yang ikal mayang mayang tu~.

stop stop! 3R dah start..

haa..kerjaya yang tak buat kita jadi skema! kadang kadang kita akan cari kerja yang kita minat, atau kerja yang banyak buat duit. tapi aku rasa kebanyakkan orang hari ini memang cari kerja berdasarkan kerja yang bleh buat banyak duit. tipu la cakap 100 graduate engenering, 100 tu jadi engineer. and ada juga orang yang kerjaya die parents yang decide. dan ada juga orang yang kerjaya pilihan die datang sebab idol atau orang yang die stalker kerja yang sama. macam macam orang, macam macam perangai. bagi aku, aku akan pilih kerjaya yang aku minat dan cuba explore lebih lagi supaya aku dapat collect more money. tapi kalau aku minat jaga beruang manja ( hiy, kau beruang horny) dan gajah liar ( maq bukan kau tau!) dalam zoo, aku dapat earn 5k tak per month?? aku suka binatang berbulu, take note ye abang abang pakcik pakik adik adik, hanya binatang berbulu, bukan manusia berbulu..jadi mungkin aku patut jadi pekerja sukarelawan di zoo dan bil bulanan aku, ayah yang tanggung? atau aku kena kawin dengan bos kilang mask yang kaya raya supaya aku boleh teruskan minat jaga binatang berbulu dan malam aku kena bulu? ish! sebenarnya kalau kita pilih kerjaya yang kita minat, banyak benda yang kita kena decide sebab mostly benda yang kita minat, sangat susah nak dapat. macam macam halangan dugaan kita dapat.
dalam observation aku juga, ( aku bukan stalker tak de meaning kot~) kebanyakkan rakan rakan aku pilih kerjaya yang parents decide tapi lama kelamaan jatuh hati dengan kerjaya tu. macam mak bapak ass pilih ass kawin dengan lelaki gemok belang belang, lama lama ass akan jatuh cinta juga pada belangnya. ( contoh ye ass~). sama la macam kerjaya yang parents kita pilih untuk kita. kadang kadang ada sebab mereka force kita supaya take this cos, jangan take that cos. dan kita as a child, jangan la turut aja. kalau awak perngai lembut tak kan nak masuk mechy angkt mechine kot. so kita kna pandai putar putar la. last last kita yang kena tanggung jugak. tak suruh u all rebel, just explain apa korang nak dalam hidup.
cakap memang senang, ibarat menanam tebu di pinggir bibir. nak tanam kat mana mana pon boleh act. ingat senang ke nak cakap kat mak bapak kau, kau tak suka kerjaya yang dorang pilih?? susah. tapi kena cakap jugak. bincang elok elok. lastly kerjaya yang kita minat kita mesti fight for it. tapi ada juga kerjaya yang kita minat tapi susah nak dapat. contoh aku nak jadi PM tapi najib dah naik dulu. tahun berapa aku nk naik?. macam tu la. 3R untuk aku, relaks rebel rosak.

p/s: aku nak jadi pekerja amal rumah orang orang tua lah oh!

Thursday, August 20, 2009

aku no 23..


grrr perut sakit mulas macm pulas pulas..kedudukan sebelah abang mask rider. esok puasa. fasting month baby yeah..last puasa aku tak la mencapai tahap kedudukan yang tertingi di kalangan kawan kawan seagama tapi cukup la untuk dibanggakan dengan agama lain. mata rabak macam ikan kena siang pasal sangat noisy talking dalam rumah sampai lupa dah subuh. tak pe, puasa nanti senang. ceh macam puasa..pict atas bukan untuk tatapan hihiy (awak bukan gang sedim la hiy). bukan juga tatapan abang abang sasa sebab saya dah malas nak kerja lari lari dengan peluh tak lap semata mata mintak no fon tiba tiba dapat tau abang tu dah beranak dua. bukan juga untuk awak nyer lop.. lately saya berasa sangat weak atau pale. ( sebab tu edit kasi black n white so pale kan??). mungkin sebab debaran puasa. cuak sampai duduk ketap bibir time pak cik saya mohor raja besar tu umum puasa bila. grrrr..

sebab saya no 23 dalam trip to kulim, jadi saya promise hanya akan skip puasa untuk tujuh hari sahaja ( mitak mintak period aku 15 hari). kalau mak aku baca mau die peluk peluk soulsisteR ( jgn tuka R dgn H!!never do that) pasal aku puasa separa penuh. jadi semua jangan skip puasa ok! ( konon konon story macam follower aku ribu ribu ni~) ingat kita kan KHALIFAH ! wakaka..




trip to kulim.adik adik jangan telan air liur byk batal puasa. lagi lagi adik hihiy.