Thursday, October 28, 2010

16: saya vote untuk bahasa malaysia!

scroll notes dalam internet konon nak study hancur. ingat kalau nak study jauhkan diri dari laptop. jauhkan diri dari laptop dan housemate buas buas. lagi lagi yang suka bogel bila jalan keluar bilik air. itu wajib hindar. ketepikan soal future sekejap, tumpu kepada blog. aku jenis yang suka visit blog yang mostly aku nampak cool. dan kebanyakkan nya semua ber-blog dalam bahasa malaysia. bahasa malaysia ye bukan bahasa melayu purba. ada juga blog awek british yang aku stalk, tapi kebanyakkan nya aku usya picture picture tak henggat dorang. kena admit dalam hati dan bibir yang orang luar, maksud bukan orang malaysia, lebih style dalam ber-pakaian.
blog blog artis atau you all panggil public figure, aku jarang lihat. melainkan tempurung pecah hasil mamat khalid. aku rasa dia melayu yang logik dan ada wawasan, mungkin. aku terpaksa admit yang ber-blog dalam bahasa malaysia lebih cool, mungkin sebab aku rasa lebih cepat aku faham, aku tak tahu. atau mungkin sebab semua kawan kawan, jangan ada yang terasa ye, ber-blog dalam bahasa inggeris, atau english yang bagi aku simple dan banyak juga yang tersalah tatabahasa. tapi sebab laman blog bukan nye kertas peperiksaan spm untuk markah penulisan, aku rasa tak apa. mungkin mereka patut rojakkan lagi atau mungkin bagi aku perkataan english yang baru, macam cellfish, mean kita busy dgn telepon sampai kawan panggil tak dengar, itu kita panggil cellfish!. mungkin dengan itu, aku boleh tukar feeling aku yang ber-blog dalam bahasa lain mungkin relevan dan cool? entah. tapi ber-blog dalam bahasa inggeris hasil copy dan paste, tak nice sangat dah tu. siapa siapa ada blog bahasa tamil, aku nak aku nak sempena deepavali.
faktor ber-blog dalam bahasa malaysia, jangan anggap dia bodoh english ye. jangan terkejut ada setengah dari blogger yang ber-blog dalam bahasa malaysia, tidak mengamalkan sikit pun perkataan melayu dalam kehidupan seharian. dan jangan terkejut yang certain orang yang berblog dalam bahasa malaysia, bukan orang malaysia pun.
bahasa kita, aku rasa tidak la akan jadi macam bahasa jepun atau chinese yang dimana semua orang harus tahu.tak juga macam hentai, di mana orang keep tengok. jumlah kita kecil. jumlah mereka banyak. kalau dulu bahasa malaysia boleh jadi bahasa penghataran zaman jajahan portugis, kenapa tidak sekarang? aku rasa bahasa yang dulu jadi bahasa penghantaran tu, bahasa rojak portugis kot. atau mungkin bahasa melayu purba. lain kan.
aku vote untuk bahasa malaysia kalau ber-blog. even dulu aku tadika sempurna ( tadika english tau you all), kena rotan dengan mak kalau cakap bahasa melayu sikit dalam rumah sebab nakkan aku fasih berbahasa english, aku masih akan ber-blog guna bahasa malaysia.

maaf post ini macam bau politik.

p/s: adik adik sekolah yang guna picture akak buat laman facebook tu, tolong tukar sikit dik, even nama kita sama, takkan muka nak sama kan kan.

1 comments:

paizhassan said...

kak, pinjam gambar boleh?